Tuesday, December 31, 2019

Hari Pertama Persekolahan Sesi 2020

1 Januari 2020 | Rabu

Selamat datang diucapkan kepada pelajar-pelajar baru dan selamat kembali kepada para pelajar ke Sekolah Kebangsaan SK Seri Buluh.






Lagi Gambar>>

Monday, November 25, 2019

Majlis Jamuan Akhir Tahun & Rantaian Kasih Warga SK1000

20 November 2019 | Rabu

Majlis Jamuan Akhir Tahun & Rantaian Kasih Warga SK1000 2019 telah diadakan di Dewan SK Seri Buluh. Di samping menjamu selera, majlis ini turut meraikan 2 orang warga SK Seri Buluh yang telah berpindah iaitu Puan Fazidah binti Tahar (SK Bukit Gemuruh) dan Encik Wan Mahisyamri bin Wan Abd Manan (SK Tengkawang). Sekalung penghargaan kepada kedua-dua mereka yang telah sekian lama menabur bakti kepada SK Seri Buluh dan semoga lebih cemerlang di tempat baru.




Lagi Gambar>>

Majlis Apresiasi Kemenjadian Murid 2019

18 November 2019 | Isnin

Telah berlangsung Majlis Apresiasi Kemenjadian Murid 2019. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang cemerlang dalam Akademik dan Ko-Akademik serta pembentukan sahsiah diri murid SK Seri Buluh. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Encik Wan Muhammad Affandi bin Wan Ahmad, Pegawai Perhubungan Sekolah (PPDHT) SK Seri Buluh. Terima kasih diucapkan kepada perasmi, PIBG, MPKK terlibat, guru-guru, ibu bapa dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.







Saturday, November 16, 2019

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Sempena Sambutan Maulidur Rasul 2019

17 November 2019 | Ahad

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Puan Roziana, GPKP SK Seri Buluh. Tahniah kepada semua pemenang.


Lagi gambar>>

Taklimat Pelaksanaan eRPH Versi 4.0

13 November 2019 | Rabu

Taklimat disampaikan oleh Encik Rusli, Penyelaras eRPH SK Seri Buluh.


Lagi gambar>>

Ceramah Kesihatan Pergigian 2019

13 November 2019 | Rabu

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada team doktor dan jururawat di bawah klinik pergigian daerah Hulu Terengganu yang telah membantu SK Seri Buluh dalam menjayakan ceramah kesihatan pergigian. Juga kepada seluruh jawatankuasa kerja yang memastikan kelancaran program ini.



Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik di bawah pimpinan Encik Azril Farid, PKKO. Setelah itu, rehat seketika dan diteruskan dengan Ceramah Kesihatan Pergigian di bawah kelolaan Team di bawah klinik pergigian daerah Hulu Terengganu.



Program diakhiri dengan aktiviti menggosok gigi bagi seluruh pelajar SK Seri Buluh. Diharapkan program ini dapat mendidik pelajar-pelajar agar menggosok gigi dengan cara yang betul serta dapat meningkatkan pengetahuan dalam penjagaan gigi.



Lagi gambar>>

Sambutan Maulidur Rasul 2019

11 November 2019 | Isnin

Antara aktiviti yang dijalankan ialah seperti berikut;

  • bacaan selawat beramai-ramai
  • perarakan
  • persembahan pelajar dan guru melalui deklamasi sajak dan nyanyian lagu
  • Tafakur 1 minit sempena keamanan
  • Pertandingan mewarna/penulisan



Tahniah Adik Durrani Madihah

7 November 2019 | Khamis | Perkarangan Parking Pasar Malam Kuala Berang

Sekalung tahniah kepada adik Durrani Madihah binti Supian (SK Seri Buluh) yang berjaya mendapat tempat keempat bagi acara Penulisan Khat bersempena Karnival Cinta Rasul 2019.


Thursday, November 7, 2019

Hari Disiplin 2019

7 November 2019 | Khamis

Hari Disiplin 2019 dimulakan dengan aktiviti Simulasi Perhimpunan di bawah kendalian Puan Nur Aishah, GPK HEM. Simulasi ini bertujuan menerangkan kepada pelajar-pelajar mengenai tatacara perhimpunan yang betul.



Setelah itu, aktiviti diteruskan dengan penerangan mengenai Buku Peraturan Sekolah yang perlu diikuti oleh pelajar-pelajar SK Seri Buluh. Taklimat disampaikan oleh Encik Wan Abdul Halim.


Aktiviti seterusnya ialah simulasi di kantin bagi memberi penerangan berkaitan adab dan tatacara ketika di kantin. Penerangan disampaikan oleh Puan Rozlina dan Encik Rusli.


Hari Disiplin 2019 diakhiri dengan Majlis Cakna Sayang. Majlis ini bertujuan meraikan hari lahir pelajar-pelajar dan guru-guru SK Seri Buluh.



Lagi Gambar>>


Monday, November 4, 2019

Thursday, October 31, 2019

Majlis Perpisahan Guru Ganti - Teacher Ariana

31 Oktober 2019 | Khamis

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Teacher Ariana yang telah menabur bakti dan ilmu kepada murid-murid SK Seri Buluh. Tahniah juga kepada jawatankuasa kelab guru yang bertungkus lumus menjayakan majlis ini.





Lagi Gambar>>

Wednesday, October 30, 2019

FUFT Program Perpaduan 2019

30 Oktober 2019 | Rabu

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Encik Ahmad Shahir bin Abd Razak (IAB) sempena lawatan "FUFT Program Perpaduan 2019" di SK Seri Buluh.


Lagi Gambar>>

Sunday, October 20, 2019

Majlis Penyampaian Cenderahati Guru Akram 2019

21 Oktober 2019 | Isnin | Pusat Kokurikulum JPNT

Tahniah kepada semua penerima.




Karnival Pembangunan Merentas Desa 2019

21 Oktober 2019 | Isnin | SK Bukit Apit

Seramai 8 orang peserta dari SK Seri Buluh menyertai karnival ini. Terima kasih kepada guru pengiring yang bertugas.





Saturday, October 19, 2019

Program Operasi Khidmat Mahasiswa (OPKIM) UMT 2019

17 - 19 Oktober 2019 | Kampung Buluh

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini terutamanya mahasiswa-mahasiswa serta pengurusan UMT, guru-guru, MPKK, penduduk kampung, murid-murid dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Pelbagai aktiviti dijalankan seperti berikut;

  • Penyerahan nak angkat
  • Ziarah kasih
  • Sembang santai di Masjid Kampung Buluh
  • Pameran agensi kerajaan
  • Pemeriksaan kesihatan dan gigi
  • Pertandingan mewarna keluarga di Masjid Kampung Buluh
  • Melukis mural di SK Seri Buluh dan Tadika Kampung buluh
  • Kelas keusahawanan di Balai Raya Padang Tara
  • Program motivasi di Dewan Sivik Kampung Buluh
  • Lawatan ke tapak batu bersurat dan mandi sungai
  • Malam kebudayaan di Dewan Sivik Kampung Buluh
  • Gotong royong di sekitar kampung dan memasak di Masjid Kampung Buluh






Lagi Gambar>>