Monday, November 25, 2019

Majlis Jamuan Akhir Tahun & Rantaian Kasih Warga SK1000

20 November 2019 | Rabu

Majlis Jamuan Akhir Tahun & Rantaian Kasih Warga SK1000 2019 telah diadakan di Dewan SK Seri Buluh. Di samping menjamu selera, majlis ini turut meraikan 2 orang warga SK Seri Buluh yang telah berpindah iaitu Puan Fazidah binti Tahar (SK Bukit Gemuruh) dan Encik Wan Mahisyamri bin Wan Abd Manan (SK Tengkawang). Sekalung penghargaan kepada kedua-dua mereka yang telah sekian lama menabur bakti kepada SK Seri Buluh dan semoga lebih cemerlang di tempat baru.




Lagi Gambar>>

Majlis Apresiasi Kemenjadian Murid 2019

18 November 2019 | Isnin

Telah berlangsung Majlis Apresiasi Kemenjadian Murid 2019. Majlis ini diadakan bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada murid-murid yang cemerlang dalam Akademik dan Ko-Akademik serta pembentukan sahsiah diri murid SK Seri Buluh. Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Encik Wan Muhammad Affandi bin Wan Ahmad, Pegawai Perhubungan Sekolah (PPDHT) SK Seri Buluh. Terima kasih diucapkan kepada perasmi, PIBG, MPKK terlibat, guru-guru, ibu bapa dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah.







Saturday, November 16, 2019

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Sempena Sambutan Maulidur Rasul 2019

17 November 2019 | Ahad

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Puan Roziana, GPKP SK Seri Buluh. Tahniah kepada semua pemenang.


Lagi gambar>>

Taklimat Pelaksanaan eRPH Versi 4.0

13 November 2019 | Rabu

Taklimat disampaikan oleh Encik Rusli, Penyelaras eRPH SK Seri Buluh.


Lagi gambar>>

Ceramah Kesihatan Pergigian 2019

13 November 2019 | Rabu

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada team doktor dan jururawat di bawah klinik pergigian daerah Hulu Terengganu yang telah membantu SK Seri Buluh dalam menjayakan ceramah kesihatan pergigian. Juga kepada seluruh jawatankuasa kerja yang memastikan kelancaran program ini.



Program dimulakan dengan aktiviti senamrobik di bawah pimpinan Encik Azril Farid, PKKO. Setelah itu, rehat seketika dan diteruskan dengan Ceramah Kesihatan Pergigian di bawah kelolaan Team di bawah klinik pergigian daerah Hulu Terengganu.



Program diakhiri dengan aktiviti menggosok gigi bagi seluruh pelajar SK Seri Buluh. Diharapkan program ini dapat mendidik pelajar-pelajar agar menggosok gigi dengan cara yang betul serta dapat meningkatkan pengetahuan dalam penjagaan gigi.



Lagi gambar>>

Sambutan Maulidur Rasul 2019

11 November 2019 | Isnin

Antara aktiviti yang dijalankan ialah seperti berikut;

  • bacaan selawat beramai-ramai
  • perarakan
  • persembahan pelajar dan guru melalui deklamasi sajak dan nyanyian lagu
  • Tafakur 1 minit sempena keamanan
  • Pertandingan mewarna/penulisan



Tahniah Adik Durrani Madihah

7 November 2019 | Khamis | Perkarangan Parking Pasar Malam Kuala Berang

Sekalung tahniah kepada adik Durrani Madihah binti Supian (SK Seri Buluh) yang berjaya mendapat tempat keempat bagi acara Penulisan Khat bersempena Karnival Cinta Rasul 2019.


Thursday, November 7, 2019

Hari Disiplin 2019

7 November 2019 | Khamis

Hari Disiplin 2019 dimulakan dengan aktiviti Simulasi Perhimpunan di bawah kendalian Puan Nur Aishah, GPK HEM. Simulasi ini bertujuan menerangkan kepada pelajar-pelajar mengenai tatacara perhimpunan yang betul.



Setelah itu, aktiviti diteruskan dengan penerangan mengenai Buku Peraturan Sekolah yang perlu diikuti oleh pelajar-pelajar SK Seri Buluh. Taklimat disampaikan oleh Encik Wan Abdul Halim.


Aktiviti seterusnya ialah simulasi di kantin bagi memberi penerangan berkaitan adab dan tatacara ketika di kantin. Penerangan disampaikan oleh Puan Rozlina dan Encik Rusli.


Hari Disiplin 2019 diakhiri dengan Majlis Cakna Sayang. Majlis ini bertujuan meraikan hari lahir pelajar-pelajar dan guru-guru SK Seri Buluh.



Lagi Gambar>>


Monday, November 4, 2019