20 Oktober 2020 | Selasa
Aktiviti yang dijalankan ialah membuat sandwich. Terima kasih kepada semua guru dan murid yang telah menjayakannya.
Lagi Gambar>>
20 Oktober 2020 | Selasa
Aktiviti yang dijalankan ialah membuat sandwich. Terima kasih kepada semua guru dan murid yang telah menjayakannya.
14 Oktober 2020 | Rabu
Fasilitator yang terlibat ialah dari IPG Kampus Sultan Mizan En Azizo bin Awang dan En Abd Hakim bin Abdul Majid. Sekalung tahniah dan terima kasih kepada tenaga pengajar dan para peserta terlibat yang telah menjayakannya. Semoga segala perkongsian yang telah diberikan dapat dimanfaatkan.
7 Oktober 2020 | Rabu
Penerangan telah disampaikan oleh Puan Roziana bt Sulong, GPK Pentadbiran. Terima kasih kepada semua guru yang menjayakannya.
6 Oktober 2020 | Selasa
Pelbagai aktiviti diadakan yang melibatkan Persatuan Bahasa, Persatuan Agama, Kelab Rukun Negara dan Kelab Doktor Muda.
5 Oktober 2020 | Isnin
Taklimat disampaikan oleh Encik Zulkifle bin Sulong, SIP+ PPDHT berkaitan program TS25. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada beliau di atas kesudian memberi bimbingan dan perkongsian kepada pihak sekolah.
30 September 2020 | Rabu
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada kakitangan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu yang sudi bertandang ke SK Seri Buluh dan memberi peluang kepada semua guru dan staf menyemak sendiri buku perkhidmatan masing-masing.
22 September 2020 | Selasa
Pada minggu ini telah diadakan pertandingan nyanyian patriotik anjuran Panitia Muzik dan Kelab Rukun Negara. Tahniah kepada semua peserta dan pemenang.
22 September 2020 | Selasa
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakannya. Ceramah disampaikan oleh Dr. Nadhirah bt Mohd Rashid. Semoga dengan adanya aktiviti ini akan menambahkan lagi ilmu pengetahuan berkaitan penjagaan gigi kepada murid-murid.
14 September 2020 | Ahad
Tema pada tahun ini ialah "Ummah Rabbani Negara Harmoni". Antara acara telah diadakan seperti Ceramah Maal Hijrah oleh Al-Fadhil Ustaz Anuar bin Mansor. Selain itu turut diadakan Pertandingan Mewarna (Tahap 1) dan Penulisan Khat Maal Hijrah (Tahap 2) serta kuiz. Sekalung penghargaan kepada semua pihak terlibat menjayakannya.
6 September 2020 | Ahad
Satu upacara penyampaian hadiah telah diadakan bagi mengiktiraf kejayaan murid-murid yang telah memenangi pertandingan yang telah diadakan sempena bulan kemerdekaan pada tahun ini. Tahniah kepada semua pemenang.